Hye guys hari ini saya akan share kamurang cara-cara membuat makanan tradisi masyarakat Sabah iaitu "Tuhau". Tuhau merupakan makanan tradisi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah.Ia sebenarnya sejenis jeruk yang diperbuat daripada pokok tuhau dan juga bunga kantan. Baunya seakan-akan seperti kumbang kecil yang dipanggil orang Sabah iaitu posisang. Jujurnya, saya sendiri tidak pandai makan tuhau biarpun berasal dari Sabah. Namun saya sedikit tercabar apabila rakan satu Universiti yang berasal semenanjung lebih pandai dan gemar makan Tuhau daripada saya. Disitu tergerak hati untuk belajar makan semua makanan Sabah termasuk "Tuhau" Mencintai negeri sendiri mestilah bermula mencintai makanan tradisinya. Betul kan?..
Bahan-Bahan :
1. Tuhau ( ikut sukatan/ bilangan/ kuantiti yang disukai
2. Udang Kering ( Satu bungkus berharga RM 1.00) . Tiada udang kering pun tidak apa
3. Limau Kapas Secukupnya ( Limau Nipis)
4. Garam dan ajinomoto secukup rasa
5. Cili Padi ( Mengikut selera anda, jika suka pedas banyakkan cili padi)
6. Bunga Kantan yang segar ( Sebagai hiasan)
Caranya:
1. Tuhau dihiris atau ditumbuk (boleh blender)
2. Udang kering ditumbuk bersama tuhau
3. Masukkan garam, ajinimoto dan cili api
4.Gaul sebati, letak dalam mangkuk besar
5. Perahkan air limau (boleh diganti dengan cuka makan)
6. Hiris bunga kantan halus-halus dan gaulkan sekali dalam mangkuk
7.Peramkan sehingga 20 minit sebelum dihidangkan
0 Comments