Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Tteokbokki


Hello everyone, kali ini rozel akan share satu resepi simple makanan korea yang diminati oleh orang ramai khususnya pengemar drama or pelakon korea. Oleh kerana semalam saya telah belajar resepi tteokbokki bersama cousin saya, so saya akan share to everyone yang masih dalam proses untuk membuat resepinya. Stay tuned guys…


Korean Food: Tteokbokki

Sebelum kita mengenali apakah bahan dan resepi tteobokki mari kita kenali dahulu apa itu tteokbokki?? 

 


Apakah anda tahu tteokbokki? Tteokbokki atau orang panggil tapokki ialah makanan Korea yang sangat popular terbuat daripada kek beras yang lembut, fish cake dan sos cili merah yang manis. Tteokbokki juga biasa disebut sebagai teokbokki, ddeokbokki, topokki, dan dukboki.


Ada banyak jenis Tteokbokki namun tteokbokki beras yang paling terkenal. Tteokbokki versi moden adalah kemerahan dan pedas. Namun versi asalnya adalah perang dan rasa biasa dan termasuk makanan mewah. Dan tahukan anda bahawa tteokbokki adalah sebahagian daripada juadah santapan diraja Korea pada masa dahulu. 

Homemade Nian Gao | Recipe in 2020 | Nian gao, Food, Food recipes 
Bahan Membuat Rice Cakes
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Air
  • Garam
  • Minyak bijan
Cara Memasak Rice Cakes
  1. Masukkan tepung 3 sudu ke dalam satu mangkuk
  2. Masukkan sedikit garam dan minyak bijan ke dalam mangkuk berisi tepung
  3. Letak air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut
  4. Uli tepung sehingga tepungnya semua sebati. Pastikan doh diuli dengan cukup sebati
  5. Kemudian steam doh tepung yang sudah diuli kira-kira dalam 20 minit
  6. Keluarkan doh yang sudah di steam
  7. Kemudian gulung panjang. Potong ikut suka
  8. Rebus bahan yang telah dipotong ke dalam air mendidih. Angkat rice cake apabila sudah timbul dari air rebusan
  9. Toskan atau masukkan dalam air sejuk.
Bahan Membuat Sos
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 4 ulas bawang putih kalau nak lebih pedas tambah cili api ikut selera masing-masing
  • 2 sudu besar Cili kisar atau serbuk cili (saya guna serbuk cili)
  • Sedikit Gula
  • Sedikit serbuk ikan bilis atau pati ayam
  • Setengah cawan air masak
  • Sedikit daun bawang
  • Fish cake yang dipotong keping-keping
Cara Membuat Sos Tteokbokki
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bawang putih.
  3. Kalau sudah pecah minyak. Masukkan Serbuk ikan bilis atau ayam.
  4. Kemudian masukkan air, serbuk cili (kalau pakai serbuk cili pastikan telah dicampur air sedikit).
  5. Kemudian letak gula.
  6. Akhir sekali, Masukkan rice cake yang kita buat tadi.
  7. Masukkan sedikit daun bawang dan kepingan fish cake yang telah dipotong
  8. Biarkan kuah menjadi pekat
  9. Boleh letakkan biji bijan atas hidangan untuk lebih nutty flavor. Kalau tak ada pun tidak apa



*Semoga resepi ini membantu pembaca untuk membuat resepi simple ini. Selamat mencuba*

#StayAtHome
#StaySafe
#CookAtHome

Post a Comment

0 Comments