Ticker

6/recent/ticker-posts

Find The Meaning of Life


Setiap orang di dunia ini pasti melalui fasa-fasa hidup yang berbeza. Apa yang pasti TUHAN tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan diri. 

Kali ini penulis akan berbahas mengenai motivasi diri dimana pernah merasa tidak ada harapan dalam hidup. Dimana hilangnya tujuan hidup. Hilangnya sinar hidup yang dicari. Dunia kita rasakan kosong sehingga kita merasa sunyi biarpun banyak sahaja orang di sekeliling kita. Saya percaya setiap orang pasti akan melalui fasa seperti ini. Akibatnya depression, Anxiety menyelubungi diri. Terkadang kau akan menangis tanpa sebab sehingga rasa sunyi dan kosong itu akan masuk dalam diri. Merasakan gagal dalam hidup tanpa kejayaan. Ya..Itulah dinamakan anxiety

Fasa-fasa ini pernah dihantui oleh diri sendiri apabila menjadi seorang penganggur. Hak-hak kebajikan pekerja teraniaya yang penting majikan lebih dahulu isi perut mereka. Kita boleh lihat banyak situasi ini berlaku semasa pandemic Covid berlaku di negara kita sehingga banyak yang terpaksa menganggur. Apa yang saya lakukan adalah, mula berdoa kepada Tuhan. Minta petunjuk atas semua yang berlaku dalam hidup. Benarlah kata orang terkadang diri akan menjadi lupa kepada Tuhan apabila berada dalam zon yang selesa dan mencari Tuhan kembali saat susah. Namun disebabkan fasa kesulitan hidup yang dialami membuatkan diri kita saentiasa beringat bahawa tetaplah mencari Tuhan saat susah dan bersyukur saat senang. 

Percayalah kepada saya ketika kau sudah melepaskan beban kepada Sang pencipta. Biarkan Tuhan merancang hidup mu. Kau akan melihat satu sinar baru dalam hidup. Kata kunci motivasi diri saya adalah "Follow the flow what God plan". Akhirnya saya dapat melihat kehidupan saya kembali yang kelam menjadi terang. 


Saya tidak ditakdirkan menjadi seorang yang genius dan bijaksana. Menjadi seorang bijaksana dan genius merupakan satu gifted dari Tuhan untuk mengubah hidup menjadi lebih baik.  Mengubah standard diri akan lebih berkualiti dengan kebijaksanaan yang dimiliki. Apa yang penting kita harus mempunyai semangat, cita-cita dan tujuan hidup diri. Seperti perumpamaan english mengatakan " Your Choice is Your life in future". Jadi jangan salah memilih jalan yang salah. Kita dibagi banyak pilihan di dunia. Tinggal pilih sahaja kau kau ingin ke kiri, ke kanan, depan atau belakang. 

Saya sendiri pernah berfikir dan berangan-angan. Jikalau Tuhan bagi saya kesempatan untuk mengubah masa lalu. Saya ingin kembali mengulangi peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Kita lihat sendiri di Malaysia kebanykan mereka akan melihat SPM untuk bekerja dan memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh. Pokoknya dengan keputusan SPM yang baik kita akan dapat pelbagai keistimewaan dalam pendidikan. Maka nya, bagi pelajar-pelajar yang menduduki SPM tahun ni berusahalah mendapat keputusan yang baik supaya memiliki banyak keistimewaan pendidikan yang akan ditawarkan. Secara tidak langsung mampu membantu diri sendiri memilih keputusan yang terbaik dengan memilih jalan hidup benar. 

Bagi yang sudah melalui menduduki peperiksaan SPM, masih belum terlambat untuk mengubah hidup lebih baik. Terus berjalan mengejar impian dengan langkah dan pilihan yang tepat. kebanyakan orang-orang ternama dan terkaya di dunia adalah dari mereka yang melalui fasa kegagalan. Contohnya, seperti Jack Ma sendiri iaitu pengasas Alibaba di China dimana dia berkali-kali ditolak oleh Universiti Havard. Namun dia tetap berusaha dan mempunyai semangat jiwa yang kental untuk mengubah hidup lebih baik sehingga memiliki kehidupan yang baik sekarang

Masih belum terlambat bagi diri kita untuk berjaya dan mengejar impian kita di depan. Bekerja keraslah dan menimba banyak pengalaman dari orang-orang yang berjaya. Sepanjang 25 tahun hidup, saya telah menimba banyak pengalaman bekerja dengan pelbagai majikan. Ketika bekerja dengan setiap majikan, saya akan melihat sendiri bagaimana cara mereka berjaya sehingga mempunyai bisnes syarikat di pelbagai negara. Tiru lah cara mereka berfikir, cara mereka bekerja sehingga mereka berjaya. Tiru nilai-nilai positif yang mereka miliki. Ambil yang baik, buang yang negatif. 

Saya yakin kita pasti berjaya akan datang seperti majikan-majikan kita. saya petik dari quotes english "The key of success are passion, big dreams and a great gratitude". Pegang kata kunci ini dalam hidup pasti kita berjaya akan datang. Cepat atau lambat pasti akan datang juga rezeki dan kejayaan itu. Nantikan dan nikmatilah kejayaan itu. Semoga para pembaca blog saya terus bersemangat untuk mengejar impian anda. ANDA PENENTU KEJAYAAN!!


Post a Comment

0 Comments