Hye Guys... Rozel ada membuat sebuah cerpen yang berunsurkan kekeluargaan dan percintaan. Dimana, Watak utama dipegang oleh Milzah yang merindu ayahnya dipenjara sejak sekian lama. Ingin mengetahui cerita lanjut boleh lah sudi baca cerpen saya. Diharap cerpen ini akan dapat menarik minat pembaca. Terima Kasih Guys...
Nyanyian lagu gemilang daripada penyanyi Jaclyn Joshua Thanaraj Victor sebagai nada dering alarm jam membuatkan matanya segar untuk bangkit daripada terus diulit mimpi indah pada Pukul 5.00 pagi itu.Nada dering inilah yang selalu membuatkan dirinya terus berjuang meneruskan hidup. Milzah mengeliatkan tubuhnya dan bangun dari tempat tidurnya untuk menikmati segelas air putih suam bagi menyegarkan tubuhnya daripada tidur. Dia mula membuat sarapan pagi dengan mengoreng mee kuning yang dibelinya semalam. Kerana sebentar lagi sarapan pagi itu akan dinikmati bersama ibunya yang akan bersama dengan dia untuk menoreh getah di tanah mereka pada waktu subuh itu. Tanah yang hanya 8 ekar itu sahajalah yang menjadi nadi kehidupan mereka sejak berabad-abad. Sarapan mee kuning itu ditinggalkan sedikit kerana dua orang adik perempuannya iaitu Anna dan Alissa akan bangun untuk bersiap pergi ke sekolah.“Milzah duit sekolah kau masih ada kha? Ibu ada lebih sikit duit untuk belanja kamu dan adik-adik mu pergi sekolah hari ini kebetulan semalam ibu dah jual kepingan getah kita” Ibunya memulakan keheningan subuh hari itu dengan memulakan perbualan dengan anak pertamanya itu. “ Masih ada lagi lah mak, duit tu bagi dengan adik-adik sahaja untuk bayar yuran-yuran di sekolah mereka” Milzah membalas dengan senyuman di wajahnya. Permulaan tahun baru ini, Milzah telah melangkah masuk ke tingkatan 5 dan akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adik keduanya, Anna tahun ini menduduki Penilaian Menengah rendah sementara Alissa memulakan tahun sekolahnya tahun ini ke alam sekolah menengah.
Selesai sarapan, Milzah dan ibunya mula memakai pakaian kerja dan membawa sekantung beg yang berisi Head Lamp dan sebotol air sebagai persediaan mereka bekerja di waktu subuh itu. Begitulah aktiviti harian Milzah sebelum berangkat ke sekolah. Dia membantu ibunya di tanah mereka untuk menoreh getah. Jikalau ayahnya berada di sisi mereka, sudah pastilah mereka bertiga yang bekerja demi mencari sesuap nasi yang halal di waktu subuh itu. Jauh di sudut hati Milzah, kecemburuan merasuk hatinya terhadap insan-insan yang masih mampu merasa kasih sayang seorang ayah. Sedangakan dia, ibu dan adik-adiknya terpaksa menahan kerinduan dan kesakitan itu disebabkan satu hukuman iaitu penganiayaan. Penganiayaan itu membuatkan kasih sayang yang terlalu mereka rindukan itu terpenjara atas hukum mahkamah. Ketidak adilan atas dasar hukum mahkamah itu menerbitkan Kebencian yang dalam hati Milzah sendiri. Anak mana yang suka apabila ayahnya tiba-tiba sahaja dihumban ke lokap atas kelakuan yang ayahnya tidak pernah sedikit pun diusik.
Seawal pukul 7.00 pagi, mereka mula melangkah perjalanan mereka ke sekolah dengan menaiki basikal yang jauh 5 km dari rumah mereka. Mahu menaiki bus sewa seperti majoriti pelajar lain namun mereka mengerti akan kesusahan yang menghimpit hidup mereka. Apalagi tidak ingin ibu tunggal mereka itu lebih bekerja keras untuk mencari wang saku bagi tambang bus mereka setiap bulan. Malahan, ada segelintir pelajar yang hidup dengan kemewahan pemandu peribadi mereka akan menghantar mereka ke sekolah. Baru sahaja mereka memulakan perjalanan mereka ke sekolah sampai di simpang rumah, sebuah kereta alphard berhenti di tengah-tengah mereka. “Milzah tidak mahu ikut dengan aku sekali kha pergi sekolah? Jangan risau hari ini dan esok ibu aku tidak ada, dia pergi bercuti ke Bali” Kata rakan karib Milzah Jack. “ Eh tidak apalah saya dan adik tunggang basikal sahaja hari ini pergi sekolah” Milzah membalasnya. “ Hari ini, hari pertama masuk ke sekolah, ikutlah dengan aku pergi dan balik sekolah, ibu aku tidak ada juga. Ikut dengan aku please” Jack merayu dan menunjukkan tangan permohonannya. Okey untuk hari ini saja, kami simpan basikal kami dulu, kata Milzah. Entah kenapa kali ini hati Milzah cair mendengar rayuan rakan baiknya buat permulaan tahun ini. Lagipun, dia dan adiknya belum pernah menaiki kereta mewah sebegini. “Mungkin inilah pertama dan terakhir kami menaiki kereta ini” bisik hati kecil Milzah. Prinsip Milzah ditanam yang berakar sejak lama bahawa dia tidak suka menumpang kesenangan orang lain disebabkan kesusahan hidup mereka. Pantang bagi dirinya mengemis belas kasihan dengan orang lain meskipun dengan orang yang paling dekat dalam hidupnya.
Permulaan tahun baru masuk sekolah tahun ini merupakan hari gembira buat Jack atas kesudian rakan karibnya memulakan persekolahan bersama-sama menaiki keretanya. Dari turun ke pacuan empat roda keluarga Jack, Milzah dan Jack melangkah jalan masuk ke gerbang sekolah sehinggalah ke kelas bersama-sama beriringan jalan. Ramai mata-mata yang melihat sehingga segelintir pelajar mahupun guru kurang menyenangi perhubungan rapat mereka berdua. “ Eh anak pembunuh itu, kenapa berjalan bersama dengan Jack anak usahawan itu? Milzah Terdengar bisikan samar-samar dari bilik sekolah itu semasa mereka melintasi bilik darjah itu. Milzah tersentap Jack sudah berada di depannya dan masuk ke bilik darjah itu. “Maafkan saya cikgu, cikgu bekerja sebagai pengajar sivik kepada pelajar sahaja, bukanya mengajar menghakimi urusan hidup orang lain, mampukah sikap cikgu boleh menjadi contoh kepada pelajar lain?” Jack melontarkan kata-kata hujan batu kepada cikgu mawar guru pendidikan sivik itu lalu berlalu dari kelas tersebut dan memegang erat tangan Milzah sehingga sampailah ke kelas. Suasana yang meriah menyambut permulaan hari pertama persekolahan dalam bilik guru itu kemudian bertukar menjadi suram atas kejadian yang berlaku sebentar tadi. Tidak dinafikan, ada segelintir guru dan pelajar yang kurang menyenangi hubungan rapat mereka berdua kerana mereka ibaratkan mereka ibarat tanah dan bumi.
Jam lonceng pada pukul 10 pagi menandakan mereka untuk rehat. Semua pelajar mula kemas buku dan bergegas ke kantin. Sementara Milzah, Cuma meneruskan kerja sekolahnya yang masih tertunggak sebentar tadi. Setelah semua pelajar keluar, dia pun mula memakan bekal lebihan mee goreng dia masak subuh tadi pagi sebagai alas perutnya. Dia memang mempunyai wang saku namun dia memilih mengumpul wang sakunya setiap hari itu untuk membayar yuran sekolahnya. Waktu itulah sekumpulan pelajar perempuan iaitu kumpulan anak-anak orang berada masuk ke kelas tersebut hanya untuk mengaanggu Milzah. “ Eh sini pula anak pembunuh ni makan ya, kenapa tak ada duit kha mahu beli makanan dekat kantin tu? Alarh setakat dua tiga ringgit masakan masih tak mampu? Oh ya lupa ayah dah dalam penjara tidak mampu buat duit “ Fazira yang sekian lama menyimpan perasaan dengan Jack itu mengejeknya diiringi deraian ketawa kumpulan pelajar perempuan itu. Disebabkan perasaannya tidak pernah dibalas oleh Jack, Milzah lah yang akan menjadi mangsa tempat dia melontarkan dendam disebabkan cintanya yang tidak pernah dibalas. Milzah hanya mampu diam, kemudian perlahan-perlahan menutup bekas makanan nya dan menyimpan kembali ke dalam beg sekolahnya. Makanan yang tersisa itu tidak habis dijamahnya kerana sudah kenyang mendengar cacian Fazira dari kelas sebelah itu. “ Fazira, kamu keluar sekarang, ini bukan kelas kamu, datang tanpa diundang sepatutnya kamu malu anak ushawan tapi macam bukan anak terdididk. Ada ayah tapi macam tiada ayah, keluar sekarang ! Milzah, Fazira dan kumpulan nya tersentap tiba-tiba sahaja Jack muncul dalam belakang kelas dan mengherdik Milzah. Fazira dan rakan-rakannya diam membisu dan keluar dari kelas itu. “Milzah, berapa kali aku cakap jangan biar mereka buli kau, hati mana yang tidak sakit orang yang aku sayang kena buat begitu” Jack meninggikan suaranya dan memandang tepat pada wajah Milzah. Ini bukan pertama kali Jack meningatkan Milzah, sudah berkali-kali dia ingatkan Milzah supaya tidak lemah di hadapan orang. Hati Milzah cukup tersentuh apabila perkataan sayang itu keluar dari mulut orang yang paling dekat dan baik dengan dirinya itu. Begitulah keakraban yang terjalin antara Milzah dan Jack sejak dari sekolah rendah lagi. Persahabatan mereka mula terjalin apabila Milzah menyelamatkan Jack yang hampir mati lemas bermain di sungai kampung di hujung kampung mereka itu. Tiada siapa yang melihat, melainkan mereka berdua lah menjadi saksi peristiwa hitam Jack yang hampir mati itu. Milzah cuma mampu diam membisu sehinggalah pelajar-pelajar yang lain masuk tanda waktu rehat sudah habis.
Hari berlalu dan terus berlalu, tinggal sebulan lagi peperiksaan penting Milzah dan Jack akan bermula. Peperiksaan penting yang membawa hala tuju masa depan mereka. Awal-awal Milzah merancang habis SPM dia akan melanjutkan pelajaran jurusan undang-undang. Persitiwa hitam yang menghumban ayahnya hidup dalam tempat hitam itu menyematkan diri Milzah untuk membebaskan ayahnya dari tempat hitam itu. Percubaan peperiksaan baru-baru ini sahaja dia rangkul kesemua A dalam subjek yang dia duduki. Kerinduannya yang menebal akan ayahnya membuatkan dirinya terus berjuang untuk belajar. Ingat lagi pesan ayahnya semasa Milzah dan ibunya pergi melawatnya minggu lepas supaya Milzah belajar dan mendapat keputusan yang baik. Dapat kerja baik dan mengantikkan ayahnya menjaga ibu dan adik-adiknya. “Doa ayah dari penjara sentiasa menyusul kamu nak, maafkan kekurangan ayah, tidak mampu jaga kamu dan ibu kamu” Aliran air mata kesakitan keluar dari mata Milzah. Sakit teramat kerana dirinya yang tidak mampu untuk melawan hukum mahkamah yang cukup tinggi di usia mudanya itu. Seperti dirinya berdepan dengan Menara KLCC demikianlah hukum mahkamah tersebut.
Pertempuran penting demi masa depan usai dihabiskan pada petang itu tepat pukul 5.00 petang. Milzah menghembus nafas lega. Akhirnya, segala yang dia usahakan telah habis. Pandangan nya berpaling ke arah Jack yang duduk di sebelah kirinya paling hujung itu. Serentak Jack berpaling ke arahnya. Jack mengukir senyuman manis ke arah Milzah, sesiapa sahaja pasti akan cair melihat senyuman di bibir nipis jejaka itu. Sedikit mengugat perasaan Milzah ketika itu, entah mengapa senyuman itu membuatkan dirinya berdegup kencang apabila melihatnya. “Milzah! janganlah berkhayal, kau tidak layak mempunyai perasaan cinta dengan jejaka itu” Hati kecil Milzah berbisik namun masih mengukir senyuman pada jejaka itu. Perasaan nya muncul sejak dulu lagi namun dibantah sekeras-kerasnya hatinya agar tidak menjadi parah di kemudian hari. Orang pun dapat melihat mereka ibarat gagak hitam dan merpati putih apabila bersama. Apatah lagi Jack adalah anak usahawan di daerah tersebut, sedangkan dia hanya digelar anak pembunuh oleh mulut-mulut orang kampung.
Jack menghabiskan masanya di rumah dengan menonton televisyen selepas balik dari dewan peperiksaan itu. Hatinya lapang riang gembira esok dia akan menjemput Milzah untuk keluar makan malam dengannya. “Jack ibu ada mahu bagitau kamu minggu depan kita akan berpindah ke Kuala Lumpur, ayah kamu meluasakan perniagaan ke ibu kota. Ayah kamu akan lebih dapat banyak hasil keuntungan di tempat itu. Lagipula, saudara-mara kita banyak yang tinggal di sana” Ibu Jack duduk di sebelahnya sambil menonton rancangan yang Jack layan. “ Tapi kenapa ibu, sini kan tempat ayah berbisnes sejak dari dulu lagi, aku tidak mau pindah, aku sudah cukup lama dan suka di tempat ini tenang tanpa kesibukan kota Jack membidas percakapan ibunya.
Pertengkaran demi pertengkaran akhirnya membuatkan Jack mengalah dan akur keputusan ibunya. Jack sendiri tahu bagaimana sikap keras kepala ibunya apabila arahannya tidak diikuti. Tidak ingin Jack dilabel sebagai anak derhaka kepada orang tuanya. Waktunya bersama Milzah hanya berbaki seminggu lagi. “ Arghh mampu kah aku bertahan tanpa rindu bersua dengan gadis lemah itu” Jack berbisik di hati kecilnya. Fikirannya buntu apabila mengetahui dia akan berpisah dengan gadis itu. Jack mula menghantar pesanan ringkas di telefonnya untuk Milzah. “Milzah esok aku jemput kamu pukul 7.00 petang nanti aku jumpa ibu kamu bawa kamu keluar sekejap, ada perkara penting aku mahu bagitau kamu.Telefon Milzah berdering tanda ada pesanan ringkas masuk di peti masuk telefonnya. Milzah membuka peti masuk telefonnya yang tertera dengan nama Jack, disimpan bentuk hati di hujung huruf namanya. “Ada apa dia mahu jumpa aku? Perkara penting apa dia mahu beritahu? Hati Milzah tertanya-tanya. Kemudian Milzah membalas pesanan ringkas Jack “Okey jumpa esok” kemudian menghantarnya.
Pertengkaran demi pertengkaran akhirnya membuatkan Jack mengalah dan akur keputusan ibunya. Jack sendiri tahu bagaimana sikap keras kepala ibunya apabila arahannya tidak diikuti. Tidak ingin Jack dilabel sebagai anak derhaka kepada orang tuanya. Waktunya bersama Milzah hanya berbaki seminggu lagi. “ Arghh mampu kah aku bertahan tanpa rindu bersua dengan gadis lemah itu” Jack berbisik di hati kecilnya. Fikirannya buntu apabila mengetahui dia akan berpisah dengan gadis itu. Jack mula menghantar pesanan ringkas di telefonnya untuk Milzah. “Milzah esok aku jemput kamu pukul 7.00 petang nanti aku jumpa ibu kamu bawa kamu keluar sekejap, ada perkara penting aku mahu bagitau kamu.Telefon Milzah berdering tanda ada pesanan ringkas masuk di peti masuk telefonnya. Milzah membuka peti masuk telefonnya yang tertera dengan nama Jack, disimpan bentuk hati di hujung huruf namanya. “Ada apa dia mahu jumpa aku? Perkara penting apa dia mahu beritahu? Hati Milzah tertanya-tanya. Kemudian Milzah membalas pesanan ringkas Jack “Okey jumpa esok” kemudian menghantarnya.
Seawal sebelum Milzah jalan, dia sudah memberitahu ibunya dahulu, dia akan pergi keluar dengan Jack. Ibunya sudah tahu keakraban mereka tambahan ibunya percaya akan Jack yang mampu menjaga anak daranya itu untuk keluar. Tepat pukul 7.00 petang kereta Sport Jack sudah tercegat di depan rumah mereka. “Selamat petang mak cik, boleh saya bawa Milzah keluar sebentar. Saya janji pukul 9.00 malam saya hantar Milzah pulang” Jack meminta kebenaran kepada ibu Milzah sebelum membawa anak daranya itu untuk keluar. “Yala nak, hati balik ya, ingat jangan balik lewat ya” Ibu Milzah menasihati Jack. “ Baik Mak cik, pergi dulu kata Jack. “ Ibu, kami jalan dulu” Milzah monon izin ibunya“ Eya, hati-hati jalan nak” sahut ibunya. Kedua adik perempuannya itu terhendap-hendap di sebalik tingkap sambil tersenyum-senyum melihat kakaknya itu keluar bersama jejaka hensem pada hari itu.
Jack membawa Milzah menikmati makan malam di sebuah restoran yang terkenal di daerah tersebut. Tidak menyangka, ini lah kali pertama buat mereka berdua menikmati makan malam bersama persis pasangan 20an yang bercinta. “ Milzah ada benda aku mahu bagitau kamu, tapi aku harap kamu jangan sedih dengar berita ini, aku sudah berjanji aku akan selalu ada untuk kamu biarpun kita berjauhan” “ Apa maksud kamu” Milzah membalas kata-kata Jack yang keluar dari bibir jejaka itu. “ Aku terpaksa berpindah ikut keluarga aku di Kuala Lumpur, Maafkan aku Milzah, aku janji aku akan selalu balik ke tempat ini melawat kamu sekeluarga. Tempat ini sudah cukup biasa dengan aku apatah lagi, akau terlalu biasa dengan kamu dan keluarga mu” Jack membalas dan merenung redup pada mata Milzah pada saat itu. Milzah mula meletakkan sudunya. Selera makannya hilang meskipun makanan enak belum habis dijamahnya. “Jantungnya berdegup kencang atas tatapan mata itu dicampur berita kesedihan yang baru sahaja didengarnya. Milzah menghembuskan nafasnya dan tersenyum “ Tidak apa, utamakan keluarga kamu, penting utamakan keluarga, waktu sangat singkat untuk tidak menghargai keluarga berbanding orang asing yang hadir dalam hidup kita. “ Milzah berhenti cakap kamu orang asing dalam hidup aku.
Kamu wanita terpenting dalam hidup kamu. Aku sayang kamu lebih dari seorang kawan Milzah. Aku terlalu sayangkan kamu. Minta maaf sebab punya perasaan dengan kamu” Jack melontarkan ucapan itu dan merenung tepat pada mata Milzah. Terasa debaran jantung Milzah semakin kuat mendengar kata-kata berani yang keluar dari mulut jejaka itu. Ya di mulut jejaka itu yang sudah lama dia menyimpan perasaannya terhadapnya. Berita gembira yang dia dengar sebentar tadi berubah mendadak apabila Jack akan berpindah ke Kuala Lumpur apatah lagi ibu Jack yang sangat membenci akan keluarga Milzah. “Jack, kamu tau kan ibu kamu sangat membenci keluarga ku. Lagipun aku anak keluarga miskin” Maafkan aku Jack, cukup kita sampai di sini, kita berdua akan sakit kemudian hari” Milzah bangkit dari bangku meja makan mereka kemudian keluar dari restoran tersebut dan menaiki kereta sewa yang berdekatan area tersebut. Jack cuba memanggil Milzah berkali-kali, namun tidak mematahkan balik jalan Milzah untuk datang ke arahnya. Sehinggalah, hari dimana Jack dan keluarganya akan terbang ke Kuala Lumpur. Milzah tidak memunculkan dirinya. Pesanan ringkas langsung tidak dibalas Milzah. Jack melawat Milzah dan keluarganya sebelum bertolak ke lapangan terbang esok hari. Namun Milzah membiarkan dirinya berkunci daklam biliknya. Hati Jack hancur melihat sifat Milzah yang tidak ingin menemui dirinya buat kali terakhir. Jack berlalu pergi meninggkan rumah itu. “Satu hari, aku kan kembali untuk kamu...
Tahun berselang demi tahun. Milzah menamatkan pelajarannya di sebuah Universiti jurusan Undang-Undang. Sedikit demi sedikit impiannya tercapai. 6 tahun pengorbanan menuntut di Universiti itu membuahkan hasil apabila dia telah mendapat jawatan sebagai seorang peguam di sebuah mahkamah terkemuka di Malaysia. Tahun yang pahit dia jalani membuatkan dirinya semakin kuat, apatah lagi dalam mengatasi kes-kes yang dia pegang. Dia bukan lagi gadis yang lemah seperti di sekolah menengahnya dulu. Ramai pihak atasannya memuji dirinya kerana bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik namun bijak dalam mengendalikan kes-kes berat yang dia pegang. Kesempatan kerjaya dirinya membuatkan dia Sedikit demi sedikit mencari bukti untuk melepaskan ayahnya yang teraniaya di penjara. Kejayaan yang dia milik membuatkan kehidupan keluarganya bertambah senang. Malahan,bulan depan dia akan membawa ibu dan adik-adiknya berpindah ke Kuala Lumpur supaya dia boleh melihat ibunya apabila dia balik dari bekerja. “ Ayah sedikit masa lagi, kita akan bersama sedikit lagi”
Pagi itu, dia bergegas untuk keluar pergi bekerja. Dia menghidupkan kereta sport merahnya dan meluru keluar dari pintu pagar rumah mereka. Tiba-tiba seekor kucing melintas, mujurlah dia sempat untuk menekan break keretanya. Tiba-tiba datang seorang kelibat jejaka yang dia cukup kenali datang ke arah keretanya mengambil kucing itu” Minta maaf cik, kucing saya ni agak nakal sikit, suka lari ke jalan raya” Suara itulah yang dia tinggalkan di sebuah restoran suatu ketika dahulu disebabkan dia malu apatah lagi layak bersama jejaka itu. “Milzah ini kamu Milzah? Suara yang sudah lama dia rindukan menyebut namanya. Milzah mula keluar dari kereta tersebut. “Eya ini saya Jack. Sebak di dada tidak mampu tertahan oleh Milzah sehingga dia menangis di depan mata jejaka itu. Jack merangkul pinggangnya dan memeluk dirinya erat. “Aku sangat rindukan kamu Milzah” Milzah diam dan tetap memeluk dirinya erat.
Hari ini merupakan hari penting buat Milzah kerana dia akan mengendalikan kes ayahnya 15 tahun lalu. Atas bukti-bukti yang kukuh didapati oleh Milzah. Ayah Milzah akhirnya Berjaya dilepaskan dari tempat hitam itu selama 15 tahun. Keluarga Milzah gembira, bersyukur akhirnya penganiayaan terhadap bapanya selama 15 tahun telah terjawab. Persitiwa hitam itu beralaku atas kematian abang ibu Jack yang terdapat salah faham. Ibu Jack meminta maaf kepada Milzah dan keluarganya kerana menfailkan waran tangkap kepada ayahnya pada waktu dahulu. Ibu Jack sangat menyesal atas perbuatannya. Kerinduaan yang dia impikan selama 15 tahun dan 5 tahun itu bebas dari penjara kehidupan yang menjerut hidup Milzah.Takdir berpihak kepada Milzah sehingga cinta yang dia rindukan juga ditemui kembali tepat pada waktunya. Benarlah kata orang, Tuhan menghadirkan kepahitan dalam hidup sebelum memberi pelangi dalam kehidupan seseoarang. Milzah bahagia bersama insan yang dia sayangi. Keluarganya dan Jack penjaga jiawanya sejak dulu lagi.
1 Comments